Mangsa Tembakan Tiada Kaitan Kongsi Gelap - Ketua Polis Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 2:17 PM

Beberapa kesan das tembakan yang dilepaskan ke arah kereta dipandu seorang wanita mengandung di taman perumahan di Jalan Pekaka, Taman Pekaka, Sungai Dua, petang Selasa.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menegaskan wanita berusia 49 tahun yang ditembak mati di Taman Pekaka, Sungai Pekaka di sini tidak mengandung atau mempunyai kaitan dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.

"Ingin saya tegaskan, berdasarkan laporan dia tidak mengandung.

"Buat masa ini, tidak petanda menunjukkan kes ini ada kaitan dengan kongsi gelap," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Ghee Lye mengenai berita yang tersebar mengatakan mangsa mengandung dan kes itu ada hubungan dengan kongsi gelap.

Beliau juga menggesa semua pihak supaya bertanggungjawab dan mengesahkan sumber maklumat yang diperoleh sebelum mengedarkannya.

"Malahan, ada gambar yang didakwa sebagai mangsa tetapi sebenarnya bukan dia," katanya.

Diminta mengesahkan nama mangsa, Ghee Lye berkata, berdasarkan amalan biasa, identiti mangsa hanya akan didedahkan apabila mayat dituntut.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan wanita berkenaan adalah seorang ahli perniagaan dan suaminya mengendalikan premis hiburan.

"Kami akan menyiasat kes ini daripada pelbagai sudut," katanya.

Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira pukul 5.45 petang pada Selasa di Jalan Pekaka 1, apabila pembonceng motosikal melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah pemandu kereta, Ruby Lee Poh Ai.

Sekurang-kurangnya enam das tembakan terkena pada dada dan badan mangsa.

Tags / Kata Kunci: Ruby , Taman Pekaka , kongsi gelap

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan