Pasukan Petugas Khas Ditubuh Siasat Misteri Kehilangan Paderi

Diterbitkan: Rabu, 22 Februari 2017 3:22 PM

Pastor Raymond Koh Keng Joo.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat kes kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo yang dipercayai diculik pada pagi Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan itu akan diterajui Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

"Kita telah buka siasatan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Saya telah arahkan pasukan petugas khas ditubuhkan diketuai Ketua JSJ Selangor untuk menyiasat kes ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Rabu.

Menurut Khalid, polis telah mengambil keterangan daripada lapan saksi bagi membantu siasatan.

"Kita menggesa mana-mana saksi kejadian supaya tampil bagi membantu merungkai kes ini," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis tidak menjumpai sebarang petunjuk yang boleh merungkai misteri kehilangan paderi tersebut.

"Kami masih lagi menyiasat kes ini. Belum ada petunjuk buat masa ini tetapi saya yakin ia akan diperoleh dalam masa terdekat," katanya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Raymond dipercayai diculik pada Isnin lalu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya.

Raymond kali terakhir dilihat memandu kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D seorang diri semasa kejadian.

Malah, ahli keluarga Raymond dilaporkan menawarkan ganjaran RM100,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan mangsa.

Dalam perkembangan berasingan, Khalid berkata polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas S Balamurugan yang mati semasa dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara baru-baru ini.

Tegas beliau, laporan bedah siasat yang dikeluarkan doktor tersebut masih samar.

"Laporan itu tidak jelas. Ia melaporkan (tahanan) mati akibat penyakit jantung dan kecederaan daripada senjata tumpul.

"Namun kita tidak tahu di mana kecederaan akibat senjata tumpul itu. Jadi kita masih belum jelas punca kematiannya," kata Khalid.



iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan