Bot Karam: Rangka Bot Katamaran Ditemui Di Perairan Mambakut

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di perairan Mambakut, dekat sini tengah hari Ahad.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis SabahDatuk Ramli Din berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada rangka bot itu adalah bot pelancong katamaran yang karam di perairan Pulau Mangalum 28 Januari lepas.

"Kita jumpa satu rangka bot di perairan Membakut semalam dan analisis akan dilakukan ke atas rangka itu bagi memastikan sama ada ia adalah bot katamaran yang hilang di Pulau Mengalum," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Sabah, di sini.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi itu belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-24 hari ini.

Beliau berkata sektor pencarian kini meliputi kawasan seluas 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

"Operasi pencarian melibatkan sembilan aset, termasuk satu aset milik agensi keselamatan Brunei," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tragedi 28 Januari lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam, dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mambakut , bot katamaran , APMM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan