Lelaki Menyamar Wanita Untuk Mencuri Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Menyamar Wanita Untuk Mencuri Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 20 Februari 2017 8:28 PM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Helah seorang bekas banduan yang menyamar sebagai 'wanita' yang berhijab untuk mencuri terbongkar apabila dia ditahan di surau sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata suspek lelaki tempatan berusia 21 tahun itu lengkap bertudung dan berpakaian hitam dilaporkan memasuki surau wanita di pusat itu kira-kira 8.40 malam.

Pengawal keselamatan yang mencurigai gerak geri suspek menahannya ketika keluar dari surau itu dan menemui dompet, wang berjumlah RM408.30 serta sebuah telefon bimbit milik seorang gadis berumur 19 tahun yang berada di surau itu, katanya ketika ketika dihubungi di sini, Isnin.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu baru dibebaskan dari Penjara Kajang pada awal Februari lepas dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah serta mencuri.

Beliau berkata suspek direman empat hari bermula tarikh ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara  maksimum 10 tahun atau denda.

Kes penahanan lelaki yang menyamar sebagai wanita itu tular di media sosial Isnin.
Tags / Kata Kunci: banduan , hijab , menyamar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan