Lapan Remaja Berbasikal Maut Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 10:49 AM

Keadaan di lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Lapan remaja maut apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu turut menyebabkan lapan lagi cedera termasuk dua kritikal.

Kesemua mangsa dipercayai berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian itu, kereta Nissan Almeera yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh kumpulan remaja terbabit.

"Semasa kejadian terdapat kira-kira 40 remaja di lokasi kejadian bersama basikal masing-masing yang sudah diubah suai dan polis tidak tahu apa tujuan mereka berkumpul di situ.

"Tiba-tiba datang sebuah kereta dan merempuh kumpulan remaja terbabit mengakibatkan lapan daripadanya terbunuh dan lapan lagi cedera," katanya pada sidang media di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, Sabtu.

Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Skudai dari Taman Pelangi.

Katanya, pemandu kereta terbabit mendakwa tidak menyedari kehadiran kumpulan remaja terbabit di situ kerana keadaan jalan yang berbukit.

"Pemandu itu sudah ditahan untuk disoal siasat. Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini," katanya.

Kejadian tersebut turut menjadi tular di laman sosial Facebook.



Tags / Kata Kunci: lapan maut , penunggang basikal

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan