Dua Cedera Diserang Gajah Liar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Februari 2017 2:56 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAIPING:  Dua parah akibat diserang seekor gajah liar di tepi Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik.

Insiden dipercayai berlaku pukul 5.30 petang Jumaat ketika dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita menghentikan kereta mereka di tepi lebuhraya kira-kira 20 kilometer dari Gerik untuk membuang air besar.

Lelaki berusia 48 tahun itu dan wanita dari Jakarta, 40, yang juga rakan kongsi perniagaannya keluar dari kereta mereka dan pergi ke satu kawasan lapang di tepi jalan untuk membuang air besar semasa diserang haiwan tersebut.

Abang lelaki tersebut yang dikenali sebagai Robert berkata ketika kejadian adiknya dalam perjalanan ke Pulau Pinang selepas selesai urusan perniagaan di Terengganu.

"Mereka mengalami sakit perut dan berhenti di tepi jalan apabila terlihat batu bergerak.

"Adik saya cuba melarikan diri tetapi diserang dan dipijak gajah liar itu, " kata Robert ketika ditemui di Hospital Taiping lokasi dua mangsa itu sedang dirawat.

Robert berkata wanita tersebut yang terkejut dengan insiden itu cuba lari untuk menyelamatkan diri tetapi tersadung lalu mencederakan diri.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengesahkan kedua-dua mangsa mengalami patah tulang rusuk.

"Mereka sedang dirawat," katanya.



Tags / Kata Kunci: gajah liar , serangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan