Budak Dua Tahun Terperangkap Dalam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 8:48 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terpaksa melalui pengalaman mencemaskan apabila terperangkap kira-kira setengah jam dalam kereta milik bapanya dalam satu kejadian di sini, Jumaat.

Kanak-kanak malang itu dikatakan berada dalam kereta bapanya untuk ke klinik akibat demam panas, namun tidak menyangka terkunci dari dalam kenderaan yang diletakkan di perkarangan rumah tanpa dihidupkan alat penyaman udara.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.39 pagi dan tiba bersama sembilan anggota 26 minit kemudian.

"Kami terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta itu kerana mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat tiada pengudaraan. Proses itu mengambil masa 10 minit.

Mengikut percakapan daripada bapanya, beliau hendak keluar ke klinik berhampiran lalu meletakkan anaknya di dalam kereta di bahagian hadapan kereta dan kemudiannya keluar untuk mengunci pintu pagar. Anak beliau bagaimana pun terkunci daripada dalam secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi Bernama

Kanak-kanak berkenaan bagaimana pun diserahkan kepada bapanya untuk tindakan lanjut, kata Mohd Fauzi. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan