Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Dua Kilo Ganja

Diterbitkan: Jumaat, 17 Februari 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki pengedar dadah serta merampas dua ketulan mampat diprcayai ganja seberat dua kilogram dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tampin-Seremban, Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 32 tahun itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta pada 12.45 malam.

Dadah yang dianggar bernilai RM4,000 tersebut ditemukan tersorok di bawah tempat duduk penumpang depan di dalam kereta berkenaan, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Hock Poh berkata hasil soal mendapati ketiga-tiga mereka terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.

Mereka yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: ganja , Theiw Hock Poh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan