Kawalan Stadium Batu Kawan Dipertingkat - Polis

Diterbitkan: Khamis, 16 Februari 2017 6:21 PM

Insiden rusuhan kecil yang tercetus dalam kalangan penyokong di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada minggu lalu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Negeri Batu Kawan pada setiap perlawanan Liga Super bagi memastikan kejadian rusuhan penonton seperti Sabtu lepas tidak berulang.

"Pemeriksaan di pintu masuk akan diperketatkan bagi mengesan individu yang cuba membawa masuk barang larangan seperti mercun, suar dan bunga api ke stadium," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye kepada pemberita.

Beliau turut mengingatkan penonton bahawa kekecohan akan turut memberi kesan kepada pasukan Pulau Pinang kerana boleh didenda atau perlawanan seterusnya diadakan tanpa kehadiran penonton.

Chuah melancarkan buku 'Minatkah Anda Menjadi Polis' di sini pada Khamis.

Buku itu ditulis oleh bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan yang kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, yang bertujuan menarik minat golongan muda dari kalangan bukan Melayu untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia.

Chuah berkata pihak polis akan turut mengadakan mesyuarat dengan pengurusan stadium bagi mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan terhadap penyokong.

"Pihak polis juga akan menambah anggota terutama ketika pemeriksaan keselamatan semasa penyokong hendak memasuki stadium," tambahnya.

Dalam perlawanan menentang Sarawak itu, penyokong Harimau Kumbang dilapor merusuh di luar stadium kerana kecewa dengan kekalahan pasukan mereka.
Kekalahan 0-1 kepada kepada Sarawak itu merupakan kekalahan keempat berturut-turut skuad Pulau Pinang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Sarawak

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan