Kebakaran Kecil Di Hospital Shah Alam

Diterbitkan: Rabu, 15 Februari 2017 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kebakaran kecil berlaku di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Shah Alam di Seksyen 7 di sini hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber hospital itu, kebakaran dipercayai berlaku pukul 9 pagi dan pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada pihak bomba untuk mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian. 

"Kesemua pesakit dan bayi telahpun dipindahkan ke wad berhampiran akibat kebakaran itu.

"Pengurusan krisis yang mantap dapat membantu pihak hospital memindahkan pesakit berkenaan dalam tempoh masa yang singkat," katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu. 

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kebakaran kecil berlaku membabitkan peralatan di wad NICU berkenaan dan api berjaya dikawal dalam masa yang singkat.

Tags / Kata Kunci: Kebakaran , Hospital Shah Alam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan