Tukang Urut, Dua Kanak-Kanak Ditemukan Mati

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurut kaki warga Myanmar dan dua kanak-kanak ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat dibunuh di sebuah bilik di premis kediaman di Jalan Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata mayat wanita berusia 47 tahun itu bersama mayat anak perempuannya berusia 10 tahun serta cucu lelaki berusia tiga tahun, ditemukan terbaring bersama suami mangsa pada 11.50 malam.

"Pasukan polis telah memecah masuk rumah berkenaan setelah menerima laporan terdapat banyak darah mengalir dari rumah itu sebelum menemukan mayat ketiga-tiga mangsa bersama lelaki itu yang tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Hamzah berkata suami mangsa berusia 47 tahun dan tidak bekerja itu telah dihantar ke Hospital Ampang dan ditahan reman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Hamzah berkata mayat wanita dan dua kanak-kanak itu yang memperlihat kecederaan serius dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tags / Kata Kunci: Bunuh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan