Aktiviti Pemburu Haram Di Kelantan Akhirnya Lumpuh

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 3:40 PM

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Abdul Kadir Abu Hashim (kanan) dan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan Salman Saaban (kiri) menunjukkan senjata api yang dirampas pada operasi '1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network' (1MBEON) di Aring 5, Gua Musang tiga hari lalu pada sidang media di Ibu Pejabat Perhilitan Cheras pada 13 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melumpuhkan aktiviti kumpulan pemburu haram tegar di Kelantan dengan penahanan tujuh suspek di kawasan Aring 5, Gua Musang pada Jumaat lepas.

Ketua Pengarahnya Abdul Kadir Abu Hashim berkata semua suspek lelaki berusia lingkungan 20 ke 50 tahun, warga tempatan itu ditahan bersama hasil rampasan bernilai kira-kira RM500,000 dalam Operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Melalui tangkapan kumpulan ini Jabatan Perhilitan percaya telah berjaya melumpuhkan aktiviti dan kumpulan pemburuan haram utama di Kelantan yang bergiat aktif memburu hidupan liar seperti gajah, seladang, rusa sambar dan kambing gurun.

Kampulan terbabit juga dipercayai telah membunuh sekurang-kurangnya 15 ekor gajah liar sejak 2013 dan dipercayai memasarkan hasil buruan mereka di pasaran tempatan dan negara jiran terdekat," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Isnin.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman empat hari bermula 11 Februari lalu untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu memburu dan penyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. 

Abdul Kadir berkata turut dirampas dalam operasi itu empat senjata api, kira-kira 100 butir peluru dan tiga unit bahan letupan plastik serta peletus selain dua kenderaan pacuan empat roda. 

Susulan penahanan suspek berkenaan, katanya dua serbuan berasingan dilakukan di tiga premis di Tanah Merah dan empat di Gua Musang yang mana pihaknya telah merampas dua batang gading gajah, daging gajah yang telah disalai, sembilan gergaji berantai dan 56 peluru. 

"Jabatan Perhilitan juga akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan berhubungan tangkapan ini memandangkan kes ini melibatkan penggunaan senjata api dan bahan letupan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Perhilitan , ATM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan