Mayat Bayi Ditemui Di Dalam Tandas

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 9:10 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan yang sedang mengumpul cengkerang laut di sepanjang pantai Tanjung Assam dimaklumkan dengan penemuan mayat bayi dalam keadaan mengerikan.

Mohd Zuhairi Mohd Shamri bergegas ke lokasi penemuan bayi tersebut dan apa yang dilihatnya amat menyedihkan.

Pemuda berusia 24 tahun itu hampir menitiskan air matanya apabila melihat keadaan mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dibuang di dalam tandas dekat pantai Gertak Sanggul di sini.

"Bagaimana seseorang itu boleh menjadi begitu kejam? Sekurang-kurangnya balutlah mayat itu dengan kain," katanya.

Mohd Zuhairi kemudian menghubungi polis.

Sebelum itu, dua lelaki menemui mayat bayi itu di bawah paip air salah sebuah tandas kira-kira pukul 9 pagi Ahad.

Pemilik gerai, Shara Effa Che Omar amat sedih apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi malang itu.

"Satu nyawa yang berharga telah diragut. Ibu bapa bayi itu sepatutnya menyerahkannya untuk dijadikan anak angkat.

"Saya tidak kisah untuk membesarkannya sebagai anak sendiri memandangkan anak perempuan saya sudah besar," kata wanita berusia 35 tahun itu ketika ditemui di gerainya.

Penemuan terbaharu itu merupakan kes pembuangan bayi ketiga di Pulau Pinang sejak dua bulan lalu.

Pada Selasa lalu, seorang lelaki berusia 81 tahun menjumpai mayat seorang bayi lelaki baharu dilahirkan di dalam tong sampah dekat Bandar Perda.

Dan pada bulan lalu, janin dipercayai berusia enam bulan dijumpai dekat sebuah tong sampah di Taman Chai Leng di sini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Barat Daya Superintendan Anuar Omar berkata, sepasukan polis dikejarkan ke tandas di pantai tersebut untuk menjalankan siasatan selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.25 pagi.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat."

"Kami sedang mengesan ibu bayi tersebut dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan dengan segera.







Tags / Kata Kunci: buang bayi , pantai Gertak Sanggul

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan