Lagi Kes Hina TMJ, Remaja Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 4:35 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Padah kerana membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seorang remaja lelaki ditahan polis di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek, 19, ditahan di sebuah kawasan di bandar raya ini pada 3.25 petang, susulan satu laporan yang diterima pihaknya berhubung penyalahgunaan aplikasi WhatsApp bagi membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Ismail. 

"Polis telah merampas sekeping kad SIM yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tunku Ismail

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan