Budak Maut Jatuh Tingkat Tiga Kuarters Guru

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 3:48 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters guru di Shah Alam pada Ahad.

Muhammad Syafiq Shyahmi Mohammad Sauffi jatuh dari tingkap Blok C kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun kira-kira pukul 5 petang.

"Mangsa sedang bermain ketika kejadian dan ahli keluarganya tidak sedar mangsa memanjat meja kecil yang diletakkan berdekatan tingkap," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi The Star.

Beliau berkata, Muhammad Syafiq Shyahmi terjatuh kerana jeriji besi tingkap berkenaan longgar.

Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah termasuk tulang tengkoraknya retak.

Bagaimanapun polis menolak kemungkinan berlaku unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.

Ibu dan bapa tiri mangsa berada di rumah ketika kejadian.

Tags / Kata Kunci: Jatuh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan