Peniaga Ikan Ditetak Di Kompleks LKIM Besut

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang peniaga ikan cedera ditetak dengan pedang oleh empat individu ketika dia dalam perjalanan ke Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berumur 60 tahun dan isterinya diserang oleh individu yang menaiki sebuah kereta sebaik mereka tiba di kompleks tersebut.

"Kejadian berkenaan disedari anak lelaki mangsa yang kebetulan berada di kawasan kompleks dan sempat mengejar kumpulan itu hingga menyebabkan kereta mereka terbabas di kawasan pintu luar kompleks.

"Namun kelima-limanya termasuk pemandu kereta itu gagal ditangkap dan mereka dapat melarikan diri," katanya kepada pemberita.

Mohd Zamri berkata siasatan awal menunjukkan kereta Proton Axia itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan keretanya telah dilapor hilang di Kerteh sebelum ini.

"Kelima-lima suspek kini giat diburu dan berdasarkan tiga cap jari yang berjaya ditemui pada kereta yang digunakan suspek, kita yakin mereka akan dapat ditangkap tidak lama lagi," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: peniaga ikan ditetak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan