Tipu 1,000 'Pelabur', Pasangan Tamak Kaut Untung Cecah RM55 Juta

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 10:00 AM

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Supt Mazelan Paijan (kiri) menunjukkan dua buah kereta mewah milik suspek yang dirampas berhubung kes sindiket penipuan pelaburan tender pakaian seragam baju loreng digital yang tidak wujud bernilai RM1.7 juta pada sidang akhbar di Pusat Media, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Melalui kehidupan sederhana hasil perniagaan yang diusahakan keluarganya di Besut, Terengganu ternyata tidak memberi kepuasan buat diri wanita ini.

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun berbekalkan cita-citanya yang tinggi menggunung, wanita ini mampu memperoleh kontrak membekal atap tambahan (awning).

Namun, ia masih tidak mencukupi, malahan wanita ini mahukan lebih lagi.

Menggunakan surat kontrak rasmi, dia memalsukan dokumen seolah-olah dia memperoleh kontrak kementerian sama melibatkan projek bernilai jutaan ringgit bagi membekalkan uniform celoreng tentera digital.

Dengan cara ini, dia memperdaya 'pelabur' dan dalam sekelip mata seluruh penduduk kampungnya menjadi mangsanya.

Wanita berusia 30 tahun ini bersama suaminya yang hanya setahun lebih tua memperoleh 1,000 'pelabur' dan mengumpul keuntungan mencecah RM55 juta.

Dengan kekayaan yang datang bergolek itu, pasangan itu memiliki kereta mewah, menggayakan pakaian berjenama, selain beg tangan mewah dan sentiasa bergaul bersama golongan ternama, sekali gus ia memudahkan usaha mereka untuk memerangkap mangsa baharu.

Bagaimanapun, kegiatan licik pasangan ini akhirnya kecundang ditangan seorang kerani wanita sebuah agensi kerajaan yang ditipu bersama 40 yang lain melibatkan wang bernilai RM1.7 juta.

Laporan polis dibuat kerani wanita itu membongkar kegiatan pasangan ini selepas dua tahun hidup dalam kemewahan hasil tipu daya mereka.

Pasangan ini telah mengajak rakan sekolah mereka dari Besut dan merancang perjumpaan dengan sekurang-kurangnya 1,000 pelabur.

Lebih menarik apabila mereka menawarkan pulangan antara 30 hingga 90 peratus untuk skim pemasaran piramid.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superitendan Mazelan Paijan berkata, polis telah menahan pasangan itu minggu lalu selepas menerima sembilan laporan.

"Mereka memperdaya pelabur dengan mendakwa tidak mempunyai dana yang cukup untuk mengendalikan kontrak yang diperoleh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini, Sabtu.

Beliau berkata, polis mendapat maklumat awal kegiatan penipuan pasangan ini selepas menerima laporan kerani wanita itu di Terengganu pada September lalu.

"Hasi siasatan kami menahan dua suspek pada 6 Februari lalu di sebuah pangsapuri mewah di Bukit Jelutong," katanya sambil menambah pasangan itu menjalankan operasi kegiatan mereka di rumah kedai dua tingkat di Taman Melawati.

Beliau berkata, pihaknya mengesan pasangan itu sejak lapan bulan lalu dan menyerbu enam premis berbeza sebelum penahanan dibuat minggu lalu.

Mazelan menambah, susulan penahanan itu, polis turut menahan seorang lelaki bergelar Datuk yang berusia 47 tahun di Puchong dan wanita berusia 30 tahun di Kajang pada 8 Februari lalu.

"Wanita itu adalah rakan kongsi syarikat yang terlibat mencari pelabur baharu.

"Datuk berkenaan telah menerima RM14 juta daripada kedua-dua suspek wanita untuk mendapatkan kontrak membina menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Pahang," katanya sambil menambah keempat-empat suspek telah ditahan reman.

Beliau berkata, dua kereta mewah telah dirampas dan pihaknya masih mengesan lapan lagi kenderaan yang dipercayai dibeli menggunakan nama berbeza.

Katanya lagi, walaupun 1,000 pelabur telah dikenal pasti, pihaknya percaya bilangan itu akan meningkat.

"Mungkin ada di kalangan pelabur yang malu untuk tampil mengaku mereka terlibat," katanya menggesa sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi talian 03-2052 999 atau hadir di balai polis berdekatan.

Tags / Kata Kunci: Mazelan Paijan , Besut

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan