APMM Sahkan Dua Mayat Ditemui Jumaat Lalu Mangsa Bot Karam Di Tawau

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2017 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan dua mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat adalah mangsa bot karam di perairan Batu Payung, Tawau.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata mayat pertama seorang lelaki dikenali Amiruddin Beddure dan yang kedua seorang kanak-kanak perempuan dikenali Nur Hafizah Amiruddin, 2.

"Kedua-dua mangsa adalah warga Indonesia. Mayat mereka telah dituntut keluarga dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tawau," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Pada Jumaat, pasukan SAR mengesan dua mayat berkenaan di perairan Kinabutan, Tawau dan perairan Selatan Tinagat bersempadan Indonesia oleh Unit Udara Maritim antara 3.50 petang dan 4 petang.

Setakat ini, 13 daripada 15 mangsa tragedi itu telah ditemui dengan empat selamat dan sembilan lagi meninggal dunia.

Mohd Zubil berkata operasi SAR bot karam di perairan Batu Payung, Tawau yang masuk hari kelima diteruskan bagi mencari dua lagi mangsa warga Indonesia yang masih hilang.

Dalam kejadian Selasa lepas, bot laju yang membawa 15 warga Indonesia termasuk juragan, karam dipercayai dipukul ombak besar kira-kira lima hingga 10 minit selepas bertolak dari jeti Tinagat Batu Payung pada 5.30 petang ketika menuju Sungai Nyamuk, Indonesia.

Mengenai operasi SAR bot pelancong karam di perairan Pulau Mengalum, Mohd Zubil berkata operasi masuk hari ke-16 itu disambung dengan keluasan sektor pencarian merangkumi 300 batu nautika persegi membabitkan sembilan aset.

Operasi SAR bagi mencari lima lagi mangsa hilang itu masih meliputi perairan Sabah, Miri, Sarawak dan Brunei, katanya.

"Setakat pagi ini, tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemui namun usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada pihak atasan," katanya.

Dalam tragedi 28 Januari lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa telah dijumpai termasuk empat yang maut.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: APMM , Tawau

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan