ATM Serah Siasatan Kepada Polis

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2017 5:02 PM

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan kepada polis menyiasat kes seorang bekas tentera yang cuba merampas senapang di kem tentera Seberang Takir, Kuala Nerus di Terengganu pada Jumaat.

Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata siasatan berkenaan wajar dijalankan polis kerana ia melibatkan orang awam.

"Saya sahkan suspek merupakan bekas tentera dan kami tidak pasti motif serangan itu kerana suspek mungkin berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami masalah mental. 

"Oleh itu, saya serahkan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk menjalankan siasatan. Apapun saya mengucapkan tahniah kepada anggota tentera berkenaan kerana berada dalam keadaan bersiap-siaga.

"Itulah sikap yang perlu ada pada setiap anggota tentera yang menjaga kem tentera," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Meja Bulat II Persatuan Veteran ATM di sini, hari ini. Semalam, seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang anggota tentera yang bertugas di pintu masuk kem tentera Seberang Takir, mengakibatkan anggota berkenaan cedera di leher kerana ditikam menggunakan pisau.

Dalam kejadian pada 1.55 tengah hari itu, suspek datang ke kem tersebut menaiki motosikal dengan memakai topi keledar dan menutup mukanya menggunakan kain berwarna hitam.

Ditanya kemungkinan ATM mengetatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk kem tentera di seluruh negara, Raja Mohamed Affandi berkata tugas kawalan ketika ini dilaksanakan dengan baik dan mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan. 

"Kawalan di semua pintu masuk kem tentera memang sentiasa diperketatkan dan kami berwaspada dengan sebarang ancaman di pintu masuk kem berkenaan," katanya.  -Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan