Suspek Rompakan Dalam Video Tular Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 7:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegiatan sekumpulan perompak yang mengancam penduduk di Petaling Jaya dipatahkan selepas polis menahan tiga suspek.

Polis pada mulanya mendapat tahu mengenai kumpulan itu selepas salah seorang perompak bertindak mengacukan pistol palsu dan meragut beg tangan seorang wanita sewaktu mangsa keluar dari kereta di hadapan rumah di Seapark pada kira-kira pukul 2.45 petang 31 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, video mengenai insiden itu menjadi tular di media sosial.

"Kumpulan perompak bertindak lagi kira-kira pukul 4.50 petang hari yang sama. Kali ini, seorang wanita warga emas diganggu menggunakan pistol palsu bagi merompak beg tangan dan barang berharga dekat rumah mangsa di Jalan 11/4E.

"Kita menerima tujuh laporan polis mengenai rompakan di luar rumah, tepi jalan dan kawasan parkir antara Disember tahun lalu dan Februari tahun ini," katanya sambil menambah perompak memandu kereta Perodua Myvi putih, sebagaimana yang dilihat kebanyakan mangsa.

Polis melancarkan operasi memburu kumpulan perompak itu, yang membawa kepada penahanan seorang suspek lelaki pada kira-kira pukul 11.50 malam Selasa.

"Kita tahan mereka selepas mengesan kereta putih yang diletakkan di stesen minyak di Jalan Klang Lama.

"Selepas itu, ia membawa kepada penahanan dua lagi suspek di sebuah unit apartment di Taman Desa Ria dan Kampung Basir Baru, Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada Jumaat.

Mohd Zani berkata, polis menemui beberapa barang cuti termasuk kad ATM dan turut merampas kereta putih, yang dicuri di Brickfields tahun lalu.

"Ketiga-tiga lelaki itu, berusia antara 26 dan 30 tahun, mempunyai rekod jenayah rompakan dan pecah rumah," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan