Rakyat India Ditahan Cuba Seludup Dadah - Berita Jenayah | mStar

Rakyat India Ditahan Cuba Seludup Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 3:26 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Pegawai kastam di Lapangan Terbang Labuan (LTL) telah menahan seorang warga India yang dipercayai cuba menyeludup dadah ketika cuba menaiki sebuah penerbangan ke Kuala Lumpur, Khamis.

Lelaki berkenaan, yang dijadual menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 pagi, ditahan selepas seorang polis bantuan mengesan imej yang meragukan dalam bagasi tangan lelaki itu di kaunter mesin pengimbas bagasi.

"Anggota polis itu kemudian memaklumkan perkara itu kepada pegawai kastam di situ dan hasil pemeriksaan, mereka menemui sebuah beg kecil di dalam bagasi itu yang mengandungi serbuk putih," kata Pengurus LTL, Ahmad Fikri Samsudin kepada Bernama di sini, Jumaat.

Katanya, kes itu dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Labuan.

Jabatan itu, ketika dihubungi, berkata serbuk putih itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan enggan mengulas lanjut.

Bernama difahamkan lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Seludup Dadah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan