Padah Langgar Lampu Merah, Dua Kenderaan Bertembung

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara melanggar lampu merah di persimpangan berhampiran Giant di Jalan Putra Permai, Bandar Seri Kembangan dekat sini, dua kenderaan bertembung menyebabkan satu daripadanya terbakar.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata kejadian berlaku 12.30 tengah malam Jumaat apabila sebuah kereta Proton Iswara dari arah Seri Kembangan dipercayai melanggar isyarat lampu merah dan merempuh sebuah kren dari arah Puchong.

"Akibat rempuhan itu kereta berkenaan terbakar bagaimanapun pemandu dan dua penumpangnya berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada Bernama.

 Megat Mohamad Aminuddin berkata mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 dan 27 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan, manakala pemandu kren tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan