Polis Buru Juragan Bot Karam Larikan Diri

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2017 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis Tawau sedang mengesan seorang mangsa lelaki yang terselamat dipercayai juragan bot karam di Perairan Batu Payung di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata lelaki itu dipercayai melarikan diri setelah diselamatkan dua lelaki yang memancing di tengah laut.

Beliau berkata pihaknya mengetahui perkara itu berdasarkan rakaman keterangan terhadap seorang lagi mangsa Mansur Umar, 25 yang turut diselamatkan dua pemancing berkenaan.

"Mansur menceritakan selepas lima jam berenang ekoran bot pecah, mereka terdengar bunyi enjin perahu dan kedua-dua mereka berteriak meminta tolong.

"Seorang lelaki yang menyelamatkan mereka ini menawarkan agar bermalam di rumahnya sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke tempat dituju keesokan harinya (semalam)," kata Fadil dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut Fadil, rakaman keterangan Mansur diambil kira-kira pukul 12.45 tengah malam Khamis.

Dalam keterangan itu juga, Fadil berkata Mansur telah ke Kampung Titingan pada Selasa lalu untuk menaiki perahu bagi pulang ke Sungai Nyamuk menemui keluarganya.

"Di Titingan, Mansur bertemu seorang lelaki, Nasir Selasa (ditemui lemas di Sungai Taiwan, Indonesia) dipercayai pengurus yang mengatur perjalanan ke Sungai Nyamuk.

"Kira-kira pukul 4 petang, mangsa bersama penumpang lain menaiki perahu berwarna biru laut dipandu seorang lelaki tidak dikenali sehingga ke muara Sungai sebelum bertukar bot laju yang dipandu juragan lain sehingga insiden bot itu karam," kata Fadil.

Setakat ini, 11 daripada 15 mangsa tragedi bot karam itu.

Daripada jumlah itu, empat terselamat termasuk lelaki yang dipercayai juragon bot manakala bakinya meninggal dunia.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) giat dijalankan bagi mengesan empat lagi mangsa yang masih hilang.

Pencarian itu membabitkan kawasan seluas 68 batu nautika persegi di perairan Tawau. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: juragan bot karam , Tawau , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan