Polis Thai Rampas Sejumlah Besar Mata Wang RM, Thai Baht

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 8:06 PM

Pihak berkuasa Thai merampas sejumlah besar duit dalam matawang Ringgit Malaysia dan Baht Thai daripada seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai hasil jualan dadah di selatan Thai dan Kelantan.
Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Pihak berkuasa Thai merampas sejumlah besar mata wang Ringgit Malaysia (RM) dan Thai Baht dipercayai hasil jualan dadah di selatan Thailand serta Kelantan dalam satu sekatan jalan raya di sini.

Ketua Polis Bahagian Kesembilan Mej Jen Sakorn Thangmuni berkata, seorang lelaki dan seorang wanita menaiki sebuah kereta ditahan dalam sekatan jalan raya yang seterusnya membawa kepada penemuan sejumlah besar wang.

"Dalam sekatan jalan raya itu, pihak berkuasa hanya menemui wang sebanyak satu juta Baht tetapi tiada barangan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita pada sidang media pada Khamis. 

Hasil siasatan lanjut, pihak berkuasa menurutya mendapati wanita berusia 47 tahun terbabit pernah cuba mengirim lima juta Baht (kira-kira RM641,000) kepada pengedar dadah di Sungai Golok, sebelum berjaya dirampas.

Sakorn juga berkata, suami wanita itu sedang meringkuk di dalam penjara di Kelantan selepas ditahan bersama-sama 70,000 pil kuda dalam satu operasi kira-kira tiga tahun lepas.

Wanita terbabit kemudiannya telah membawa anggota pihak berkuasa ke sebuah kondominium di Hatyai, di mana pihaknya menemui wang tunai sebanyak RM1.5 juta dan Thai Baht sebanyak 41 juta (kira-kira RM5.2 juta).

"Kesemua duit itu disembunyikan dalam dua buah beg di bawah katil. Pihak berkuasa juga menemui pelbagai barangan kemas, selain turut merampas sebuah kereta," katanya.

Seterusnya dalam serbuan ke rumah wanita itu di Sungai Golok, pihak berkuasa menemui wang tunai sebanyak RM80,000 yang diakui olehnya sebagai milik suami beliau yang sedang ditahan di penjara di Kelantan, katanya.

Sakorn berkata, kedua-dua yang ditahan itu akan dipindahkan ke Bangkok bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat sama ada mereka terlibat dengan rangkaian Raja Dadah Asean atau seorang pengedar dadah utama selatan Thailand.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Rangkaian Dadah , rampas wang tunai

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan