Bot Karam Batu Payung: Enam Mayat Ditemukan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2017 12:42 PM

-fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis mengesahkan setakat 11 pagi Khamis enam mayat dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemukan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata pihak berkuasa Indonesia menemukan kesemua mayat itu di perairan Laut Sebatik, Indonesia di kawasan Sungai Taiwan dan sekitar Laut Karang Unaran.

"Menurut maklumat Konsulat Indonesia, mayat berkenaan terdiri daripada mayat seorang lelaki dewasa, dua wanita termasuk seorang hamil dan tiga kanak-kanak lelaki.

"Kesemua mayat dibawa pihak berkuasa Indonesia ke Nunukan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Fadil berkata pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia sedang mengesan tujuh mangsa lain yang masih hilang.

Selasa lepas, bot laju yang membawa 15 warga Indonesia termasuk juragan, karam dipercayai dipukul ombak besar kira-kira lima hingga 10 minit selepas bertolak dari jeti Tinagat Batu Payung pada 5.30 petang ketika menuju Sungai Nyamuk Indonesia.

Dua penumpang bot tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pantai Batu Payung.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Batu Payung

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan