Pegawai Kedutaan Besar Indonesia Di Malaysia Ditahan Kerana Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 12:38 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang pegawai di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah.

Ketua Biro Hubungan Masyarakat KPK Febri Diansyah pada Rabu berkata pegawai itu ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa dan akan dibawa pulang ke Jakarta secepat mungkin untuk didakwa.

Media-media dalam talian memetik Febri sebagai berkata KPK dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat intipan terhadap kegiatan pegawai itu sejak beberapa bulan lepas.

Katanya pegawai terbabit dipercayai meminta wang rasuah daripada ejen dan beberapa syarikat bagi mengeluarkan pasport dan visa untuk rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.

Hasil siasatan awal mendapati pegawai berkenaan telah menerima rasuah lebih daripada Rp 1 juta (kira-kira RM300,000) sejak tahun lepas.

Febri berkata KPK juga telah menggeledah rumah pegawai terbabit di Depok dekat sini dan menyita sejumlah dokumen.

Ini adalah kes kedua berkaitan pengeluaran pasport secara rasuah di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur susulan penahanan dua pegawai di kedutaan itu sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: KPK , Febri Diansyah , SPRM , rasuah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan