Pondok Gazebo Sekolah Runtuh, Lima Murid Cedera

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 8:37 PM

Keadaan pondok gazebo yang runtuh di Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi pada Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGI: Lima murid Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, yang sedang berehat di bawah pondok gazebo cedera setelah struktur itu runtuh pada Rabu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata lima murid yang cedera itu melibatkan tiga pelajar berumur 12 tahun dan dua berumur 11 tahun.

"Siasatan awal mendapati kerosakan pada struktur pondok itu menyebabkannya tidak kukuh dan runtuh sebelum menghempap pelajar-pelajar terbabit," katanya.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, yang menerima panggilan kecemasan pada 2.38 petang berhubung insiden itu bergegas ke tempat kejadian.

Pelajar yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kajang dan klinik kesihatan berdekatan, katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: pondok gazebo , runtuh , pelajar sekolah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan