Bas Terbakar: Trafik Sesak 10km Di Lebuhraya PLUS

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 9:35 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik setakat 8.15 malam Rabu sesak sejauh 10 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara bermula di km 447.5 akibat kebakaran sebuah bas ekspres.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kebakaran bas itu berlaku berhampiran tol Hospital Sungai Buloh menghala ke Rawang Selatan pada kira-kira pukul 6.50 petang Rabu.

"Bas yang terbakar berada di lorong kecemasan ketika ini namun terdapat penutupan lorong kiri menyebabkan kesesakan jalan semakin meningkat," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kesemua 28 penumpang bas itu dilaporkan sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Kami segera mengerahkan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang serta Sungai Buloh ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.54 petang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bas terbakar , sesak , lebuhraya PLUS

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan