Jual Produk Tidak Berdaftar, Suami Isteri Rugi RM300,000

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 5:18 PM

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Omar (kiri) menunjukkan barangan kosmetik tidak berdaftar yang dirampas dan disita oleh Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Terengganu pada sidang media pada 7 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Gara-gara ingin mengaut keuntungan lebih, sepasang suami isteri menanggung kerugian bernilai lebih RM300,000 apabila lebih 3,000 kotak produk kecantikan yang dijual mereka menerusi online, dirampas dalam serbuan di premis pasangan itu di Jalan Pasir Panjang, dekat sini, dua hari lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar berkata pasukan Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas produk itu selepas mengesan pasangan yang berumur 35 dan 20-an itu menjual dan mengeluarkan sendiri produk kecantikan tidak berdaftar yang merupakan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952. 

"Difahamkan pasangan berkenaan menjual produk tersebut dengan harga RM80 satu botol, sedangkan modal yang diperlukan hanya RM10 untuk sebotol produk tersebut," katanya seperti dilaporkan Bernama di sini pada Selasa.

Dalam serbuan berasingan pada 11 Jan lalu, seorang wanita berumur 20-an turut berputih mata apabila pelbagai produk kecantikan yang dijual di premisnya di Gong Badak, di sini bernilai RM20,000 turut dirampas di bawah akta sama kerana mengeluarkan sendiri produk kesihatan yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi.

Katanya, untuk kedua-dua kes ini pihak Cawangan Penguatkuasa Farmasi JKNT terlebih dahulu melakukan pemantauan selama dua bulan ke atas produk yang dirampas termasuk penjualannya yang dilakukan secara online di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

"Kedua-dua suspek boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan denda yang diperuntukkan adalah tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan RM50,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya," katanya.

Sehubungan itu JKNT mengingatkan semua pengguna agar membeli dan menggunakan produk kesihatan dan kosmetik yang berdaftar dan bernotifikasi serta tidak terpengaruh dengan testimoni di laman sosial yang tidak diketahui kesahihannya.

"Ini kerana keluaran yang tidak berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah adalah tidak selamat untuk digunakan kerana kualiti, keselamatan dan keberkesanannya tidak terjamin," katanya.

Beliau berkata kebanyakan produk yang tidak berdaftar ini mempunyai bahan campuran palsu seperti ubat perangsang seksual sildenafil, agen pelansing sibutramine dan steroid yang boleh memudaratkan kesihatan.

"Sementara produk kosmetik yang bernotifikasi pula kebanyakan mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hidrokuinon, tretonin dan merkuri yang boleh menghakis lapisan luar kulit dan mendedahkan pengguna kepada risiko kanser kulit," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan