Polis Rakam Percakapan Selva Kumar Sejurus Tiba Di KLIA - Khalid

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 4:30 PM

Gambar terbaharu Selva Kumar sebaik tiba di KLIA, Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S. Selva Kumar sejurus dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia 56 tahun itu telahpun memberi keterangan kepada pegawai polis di Balai Polis KLIA dan pihaknya akan memantau pergerakannya semasa berada di negara ini.

Selva Kumar, yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, tiba di KLIA pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha.

Ditanya adakah Selva Kumar bebas untuk menetap di mana-mana tempat di Malaysia kecuali di Sabah, Khalid berkata 'ya' semasa menjawab pertanyaan Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Kerajaan Sabah hari ini mengharamkan Selva Kumar daripada memasuki negeri berkenaan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

Menurut Khalid, sebagai bekas banduan yang telah bebas, Selva Kumar, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak perlu melapor diri di mana-mana balai polis dan dia bebas untuk bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.

Katanya, pihaknya telah memaklumkan kepulangan Selva Kumar kepada pihak berkuasa Kanada.

Selva Kumar dihukum penjara selama 24 tahun pada 1992 setelah didapati bersalah termasuk bagi 19 tuduhan serangan seksual.

Tempoh tahanan penjaranya tamat pada hujung bulan lepas. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Selva , Khalid , Kanada

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan