Kes Penipuan Dalam Talian Meningkat - Madius

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lepas berbanding 3,257 kes pada 2015.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata  penipuan dalam talian merupakan kes paling banyak dilaporkan membabitkan  keselamatan siber di Malaysia bagi tempoh lima tahun.

"Penipuan itu melibatkan pembelian barangan dalam talian, urus niaga perbankan internet, phising dan scam.

"Selain itu, Cybersecurity menerusi Pusat Koordinasi Cyber999 juga mendapati penjenayah siber turut melakukan penyebaran malicious software atau 'malware' dan pencerobohan data maklumat yang boleh merosakkan sistem komputer dan menggugat keselamatan data peribadi individu atau sebuah organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan "Safer Internet Day 2017' anjuran Cybersecurity di Angkasapuri di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Sehubungan itu, Madius berkata kementerian telah mewujudkan CyberSAFE atau Kesedaran Keselamatan Siber untuk Semua pada tahun 2010 yang bertujuan memberi pendidikan lengkap kepada pengguna internet.

Orang ramai perlu melaporkan sebarang kejadian jenayah siber dengan segera kepada Cybersecurity untuk membasmi kejadian jenayah siber yang semakin meningkat sekarang, katanya.

Mengenai Safer Internet Day, Madius berkata tahun ini merupakan tahun kelapan ia disambut di Malaysia dengan tema 'Be The Change: Unite for a Better Internet.

"Sempena sambutan Safer Internet Day yang diadakan pada setiap bulan Februari, saya menyeru pengguna menggunakan internet sebagai platform pengumpulan ilmu yang berguna," katanya.

Beliau berkata ini kerana telah menjadi kebiasaan kepada pengguna internet masa kini mentularkan sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.

"Penyebaran maklumat palsu merupakan perkara yang serius dan harus diberi perhatian oleh semua pihak, justeru komuniti yang aktif dalam internet dan media sosial harus memastikan hanya berita yang sahih sahaja disebarkan dan bukannya berita palsu yang mampu memberi kesan buruk untuk jangka panjang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Madius Tangau , CyberSecurity

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan