Buaya Dua Meter Timbul Dekat Jambatan Kota - Berita Jenayah | mStar

Buaya Dua Meter Timbul Dekat Jambatan Kota

Diterbitkan: Selasa, 7 Februari 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Buaya sepanjang kira-kira dua meter kelihatan di permukaan sungai dekat Jambatan Kota di sini telah menggemparkan penduduk setempat.

Kemunculannya pada tengah hari Isnin telah menarik perhatian pengguna jalan raya yang melintasi jambatan berkenaan.

Video yang menunjukkan kehadiran reptilia itu dirakam dan menjadi viral di laman media sosial.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Selangor, Abd Rahim Othman mengenai adanya buaya air masin itu kawasan itu.

Katanya, ia bagaimanapun tidak membahayakan orang ramai dan pihaknya akan meletakkan papan amaran di sepanjang sungai itu.


Tags / Kata Kunci: buaya , Jambatan Kota

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan