Suspek Curi Tabung Derma Diburu

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 5:42 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Pihak polis sedang memburu seorang suspek  kes curi tabung derma milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim yang diletakkan di sebuah restoran makanan Arab di Taman Pekaka, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu, seorang lelaki berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 1.8 meter memakai t-shirt warna merah dan seluar jeans biru telah mengambil empat tabung itu yang diletakkan di atas meja kaunter sejak awal Februari lalu.

"Ketika itu semua pekerja restoran berada di bahagian dapur dan langsung tidak menyedari insiden itu," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki dan kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

Rakaman CCTV insiden tersebut menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp dan netizen mengecam suspek kerana mencuri tabung milik pusat tahfiz dan rumah anak yatim.

Tags / Kata Kunci: Curi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan