Tiga Warga Indonesia Suspek Bunuh Diburu

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Polis memburu tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki membunuh rakan senegara mereka, Susianto, 64, yang ditemui mati di kawasan Pulau Kalabakan Selatan dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata tiga suspek berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang juga buruh ladang di Kalabakan, di sini itu dipercayai telah melarikan diri ke Bontang, Kalimantan, Indonesia.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan tiga suspek keluar memancing di kawasan Laut Silimpopon, Kalabakan Selatan kira-kira pukul 7 pagi Rabu lepas, namun kesemua mereka tidak pulang ke rumah dan isteri seorang suspek membuat laporan di Pejabat Polis Bantuan Felda.

"Kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lepas, seorang rakan lelaki mereka menghubungi seorang daripada suspek untuk mengetahui kedudukan ketiga-tiga mereka.

"Rakan itu diberitahu mangsa telah mati dan mayatnya ditinggalkan di pulau Kalabakan Selatan. Rakan tersebut kemudian keluar mencari dan menemui mayat yang ditanam di atas bukit di situ," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Fadil berkata pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di belakang rusuk kanan dan lengan kiri dipercayai terkena senjata tajam manakala tangan kanan mangsa turut patah dan terdapat kesan lebam.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: suspek bunuh , warga Indonesia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan