1,187 Jersi Tiruan JDT Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 1:15 PM

Antara jersi tiruan yang dirampas dalam serbuan Jumaat lalu. Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas jersi tiruan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bernilai lebih RM30,000.

Timbalan Ketua Penguatkuasanya, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata serbuan dilakukan oleh pihaknya di Taman Seroja dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat lalu selepas menerima maklumat mengenai barangan sukan tiruan dijual di sana.

"Kami merampas 1,187 jersi tiruan JDT selain 735 jersi pelbagai jenis dari premis tersebut.

"Kementerian itu turut mengambil keterangan daripada pemilik premis tersebut yang berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Kempas dekat sini Ahad.

Rizq Fazliana berkata siasatan awal mendapati pemilik premis itu pernah didenda atas kesalahan yang sama tahun lalu.

"Suspek sebelum ini turut didenda sebanyak RM1,000 kerana menjual jersi tiruan," katanya.

Tags / Kata Kunci: jersi tiruan , JDT

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan