Suami Isteri Guna Anak Sembunyi 120kg Ganja

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 4:33 PM

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff menunjukkan ketulan ganja yang dirampas dalam dua operasi berasingan di Sungai Petani dan Sungai Nibong, Pulau Pinang kepada pemberita dalam sidang media 5 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri sanggup menjadikan tiga anak mereka berusia enam, lapan dan 10 tahun bagi mengaburi mata pihak berkuasa dalam aktiviti pengedaran dadah di negeri ini dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, ketika polis menahan pasangan berumur 31 dan 37 tahun itu Jumaat lalu kira-kira 5.20 petang, anak-anak mereka diletakkan di tempat duduk bahagian belakang bagi menunjukkan mereka seperti keluarga yang lain dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan melanggar undang-undang dan apabila diperiksa polis mungkin akan melepaskan kenderaan itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila diperiksa sebahagian ganja berkenaan dijumpai disorok di sebelah bawah alas kaki tempat duduk bahagian belakang yang menjadi tempat duduk anak-anak mereka di dalam kenderaan itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas 120 ketulan ganja mampat seberat 108.66 kilogram (kg) yang disorok di bahagian tempat simpanan tayar kereta dan bahagian alas kaki tempat duduk belakang.

"Suspek ditahan sepasukan polis Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan polis Bahagian Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah (IPK) Kedah di Taman Ria, Sungai Petani ketika menghala ke Pulau Pinang dan dipercayai baru mengambil bekalan dadah dari sempadan negara untuk diedarkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga anak pasangan tersebut diserahkan kepada nenek mereka selepas keterangan mereka diambil, katanya kepada Bernama pada Ahad.

"Kita percaya suspek mengambil bekalan ganja dari kumpulan yang membawa masuk di sempadan sebelum dibawa masuk ke negeri ini dan Pulau Pinang untuk diedarkan," katanya.

Rentetan tangkapan pertama itu, pihak polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun (adik kepada lelaki pasangan suami isteri) di sebuah rumah di Sungai Nibong, Pulau Pinang sekitar pukul 11.30 malam Sabtu.

"Dalam tangkapan ini, kita rampas 48 ketulan ganja seberat 48.6 kg yang disembunyikan di bahagian tempat simpanan tayar kereta Honda Civic yang dipercayai ada kaitan dengan tangkapan pertama di Sungai Petani," katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas di dua lokasi tersebut melibatkan 169 ketul ganja seberat 157.26 kg yang bernilai RM470,000.

"Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam (4 Feb) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

"Siasatan kita juga mendapati kegiatan tersebut dipercayai bermula antara tiga hingga bulan lalu dan modus operandi mereka ialah dengan mengambil stok di sempadan negara sebelum diedarkan," katanya.

"Ujian air kencing juga mendapati dua suspek lelaki positif dadah manakala wanita (isteri lelaki 37 tahun) itu negatif.

Tags / Kata Kunci: Ganja

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan