Tindakan Tegas Terhadap Dua Syarikat Curi Air

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 9:44 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Kerajaan negeri mahu tindakan tegas dikenakan ke atas dua syarikat pembinaan di daerah ini yang mencuri air menerusi penyambungan paip haram untuk kegunaan di tapak pembinaan mereka.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kerajaan negeri memandang serius kesalahan dilakukan dua syarikat tersebut. 

"Tindakan syarikat tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit," katanya kepada Bernama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Tawau di Dewan Masyarakat Tawau di sini, Ahad.

Baru-baru ini, dua syarikat tapak pembinaan masing-masing di Bandar Sri Indah dan Batu 2 Jalan Apas didapati melakukan aktiviti penyambungan air secara haram.

Mengenai majlis itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata kehadiran pelbagai kaum dan agama pada majlis perayaan seperti tahun baharu Cina menunjukkan petanda baik mengenai perpaduan dan keharmonian rakyat di negari ini.

 Majlis tersebut disertai kira-kira 10,000 hadirin termasuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dan Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Tags / Kata Kunci: Curi Air

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan