Kilang Bebola Ikan Diarah Tutup Akibat Kotor

Diterbitkan: Ahad, 5 Februari 2017 9:10 PM

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah Mohd Fitri Hassan (kiri) menunjukan bungkusan bebola ikan yang dirampas di sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa pada 5 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa, Mergong di sini, diarahkan tutup selama empat belas hari bermula Ahad kerana beroperasi dalam persekitaran yang kotor.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd Fitri Hassan berkata tindakan itu diambil oleh Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan bersama kira-kira 2 petang.

"KPDNKK Kedah bersama Bahagian Kualiti Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan di dalam kilang terbabit dan mendapati lantai dan persekitaran premis tersebut kotor selain beberapa pekerja warga asing dan tempatan tidak mengenakan sarung tangan dan pakaian lengkap ketika beroperasi.

"Pada masa sama, bebola ikan yang dihasilkan tidak ditutup di bahagian atas dan dibiarkan di dalam besen dan dihinggapi lalat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mohd Fitri berkata pihaknya turut mengambil tindakan terhadap pemiliknya berusia 50-an kerana tidak mematuhi spesifikasi pelabelan produk berkenaan seperti tidak menyatakan butiran sukatan berat, pengeluar dan menggunakan alat sukatan tidak disahkan.

Beliau berkata ketika serbuan, empat pekerja terdiri daripada dua warga Bangladesh dan dua rakyat tempatan berusia 30 hingga 40-an, berada di kilang terbabit.

Berikutan itu, pemilik kilang terbabit disiasat kerana melanggar Perintah 3(1)(b) Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh pekilang, pengimport, pengeluar atau penjual borong) 1980.

Jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan manakala denda tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan.

"Kita juga siasat mengikut Seksyen 16(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak disahkan. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM4,000 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi orang perseorangan, didenda tidak lebih RM4,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," kata beliau.

Dalam operasi tersebut, alat penimbang elektronik dan 204 bungkus bebola ikan bernilai RM800 turut dirampas, katanya.

Mohd Fitri berkata kilang yang mempunyai lesen itu beroperasi setahun lepas dengan menghasilkan bebola ikan dan mengedarkannya di kedai-kedai runcit dan pasar raya sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan Perlis.

Tags / Kata Kunci: Bebola Ikan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan