Bot Karam: Keluarga Diminta Kenal Pasti Mayat Wanita

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Keluarga mangsa pelancong warga China yang hilang dalam tragedi bot karam di Sabah diminta untuk mengenal pasti mayat seorang wanita yang ditemui di perairan Pulau Mengalum, pagi Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, persiapan dibuat untuk prosedur pengecaman.

Mayat yang ditemui kira-kira batu nautika (kira-kira 200 kilomter) dari lokasi bot katamaran yang dipercayai karam, kini dibawa ke bilik mayat Hospital Queen Elizabeth.

Terdahulu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, mayat wanita berbaju merah dan berseluar hitam itu ditemukan kira-kira 9.25 pagi Sabtu.

Operasi mencari lima pelancong warga China dan seorang anak kapal memasuki hari kelapan pada Sabtu dengan kawasan pencarian meliputi perairan Sabah, Miri dan Brunei.

Pada 28 Januari lalu, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 25 mangsa dijumpai termasuk tiga yang maut.



iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan