Jari Kanak-Kanak Tersangkut Di Tombol Pintu

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 8:01 AM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sebelum ibu jari tangan kirinya dikeluarkan daripada lubang tombol kunci di rumahnya di Lembah Beriah, Bukit Merah di sini petang Jumaat.

Jarinya dikeluarkan oleh anggota bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 3.55 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Che Hassan Che Mat berkata jari mangsa yang berusia empat tahun gagal dikeluarkan anggota keluarganya sebelum itu.

"Kami memujuk mangsa yang menangis ketakutan sebelum kami segera memotong tombol kunci pintu bilik tersebut dengan menggunakan gergaji besi.

"Setelah tombol dipotong, pengunci pada tombol tersebut ditanggalkan dan jari mangsa dapat dikeluarkan tanpa dia mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: tombol pintu , jari tersangkut , Bagan Serai

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan