Ibu 'Sembelih' Bayi Dua Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Februari 2017 8:10 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Seorang ibu berusia 32 tahun dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan setengah hingga mati dalam satu kejadian di Kuarters Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera berpangkat korporal itu berkemungkinan mengalami gangguan emosi.

"Dalam kejadian 2.45 petang itu, bayi itu dikelar dengan pisau dan meninggal dunia di ruang tamu rumah di tingkat dua sebuah bangunan kuarters di kem tersebut. 

"Ketika kejadian, suami suspek tidak berada di rumah dan kejadian itu disedari jiran suspek yang kemudiannya melaporkannya kepada polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Kelantan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tei Hwa di sini, Sabtu.

Ab Rahman berkata, suspek yang berasal dari Kampung Jal, Tumpat ditemui masih berada bersama mangsa ketika kejadian dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. 

"Kita juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital berhubung status kesihatan mental suspek.

"Mangsa juga telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan