Dua Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Dua Remaja Dalam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Kampung Panchor, Kemumin di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa itu dipercayai berada bersama-sama dengan tiga lagi rakan mereka sebelum ditemui mati.

Katanya, berdasarkan maklumat ayah kepada seorang mangsa, polis menahan dua rakan mangsa, masing-masing berusia 19 tahun pada Selasa dan sedang mengesan seorang lagi berusia 20-an.

Sebelum kejadian, ayah mangsa itu ternampak kelibat rakan-rakan anaknya itu di kawasan berkenaan, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya, setakat ini, polis masih mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut dan kematian disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dalam kenderaan, berdasarkan pengesahan pakar perubatan.

Isnin lepas, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat dua remaja tersebut daripada orang awam, dalam kereta Perodua Kelisa di hadapan sebuah rumah di Kampung Panchor, Kemumin, pada pukul 5.55 pagi.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa, Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dari Kampung Panchor.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perodua Kelisa , Kemumin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan