Laporan Polis Terhadap Pemandu Hina Pegawai JPJ

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua laporan polis dibuat terhadap seorang pemandu berusia 25 tahun selepas paparan skrin menunjukkan dia melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi tular di media sosial.

Pemandu kereta Perodua MyVi itu menghina pegawai JPJ selepas gagal memberikan rasuah bagi mengelakkan dirinya daripada disaman.

Pemandu berkenaan dikatakan disaman anggota JPJ selepas didakwa memandu di laluan kecemasan di Kilometer 318 Lebuhraya Utara Selatan PLUS di Perak pada kira-kira pukul 4.25 petang 27 Januari lalu.

Dia kemudiannya didakwa menawarkan sejumlah bayaran kepada anggota JPJ bagi mengelakkan dirinya diheret ke mahkamah. Bagaimanapun, tawaran itu ditolak.

Pemandu tersebut kemudiannya menerima notis saman dan beredar.

Pada kira-kira pukul 10.30 malam, anggota JPJ yang berada di pejabat PLUS di Tapah, Perak menerima paparan skrin yang menunjukkan mesej menerusi aplikasi Wechat milik pemandu yang dikongsikannya dalam ruang sembang berkumpulan aplikasi WhatsApp.

Pemandu tersebut dikatakan menghantar gambar yang diambil sebelum itu, disertai kata-kata kesat yang dilemparkan kepada anggota JPJ berkenaan.

Menerusi ruangan komen, pemandu mendakwa dia dan penumpangnya menggunakan laluan kecemasan kerana mereka terpaksa bergegas pulang bagi menikmati makan malam sempena Tahun Baharu Cina.

Presiden Kesatuan Pegawai JPJ Semenanjung, Hamzah Masri mengesahkan insiden tersebut.

Pegawai JPJ terbabit kemudiannya membuat laporan polis pertama di Perak pada 28 Januari lalu, manakala laporan polis kedua difailkan oleh kesatuan di Putrajaya pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman menggesa anggotanya supaya melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka ditawarkan rasuah oleh pesalah trafik.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan