APMM Tahan Kapal Nelayan China Di Perairan Pengerang

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 5:34 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan dari China kerana berlabuh di kawasan larangan bersauh di perairan Pengerang dekat Kota Tinggi, Rabu.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal MT Hua Xiang 801 terbabit dikesan melakukan kesalahan itu oleh bot peronda APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan berkenaan kira-kira 3 petang.

"MT Hua Xiang 801 dikesan bersauh di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika selatan dari Tanjung Setapa, Kota Tinggi.

"Kita menghampiri kapal terbabit untuk membuat pemeriksaan dan mendapati ia melakukan kesalahan bersauh di kawasan larangan," katanya pada Khamis.

Amran berkata kapal yang berdaftar di Zhua Shan, China itu membawa 12 anak kapal warga China berusia antara 23 dan 53 tahun.

Beliau berkata, kapten dan ketua jurutera kapal tersebut kemudian dibawa ke Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

Katanya kapal itu boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) kerana berlabuh di kawasan larangan bersauh di perairan Malaysia.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum sehingga RM100,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali, katanya.

Tags / Kata Kunci: APMM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan