Buruh Ditahan Miliki Heroin

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang buruh kerana memiliki heroin seberat 1,404 gram bernilai RM35,100 di Taiping pada Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP V. R. Ravi Chandran berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan dibantu anggota dari daerah Taiping di tepi jalan di Simpang, Taiping pada 11 malam.

"Hasil daripada pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 1,404 gram.

"Pihak kami juga telah merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Khamis.

Menurut Ravi, hasil semakan, pihak polis mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau yang mana kesemuanya berkaitan dengan kes jenayah dan dadah.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian air saringan awal air kencing. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam," katanya.

Ravi berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk diedar sekitar Taiping itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 930 orang penagih.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: buruh , heroin

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan