Perogol Bersiri Akan Dipantau Rapi - KPN

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah yang disabitkan kesalahan merogol berpuluh-puluh wanita di Toronto, Kanada akan dipantau secara rapi apabila lelaki itu menjejakkan kaki di tanah air, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sambil mengesahkan rakan sejawatnya dari Kanada telah memaklumkan Selva Kumar akan dihantar pulang ke Malaysia pada Ahad, Khalid berkata, polis akan menunggu ketibaan penjenayah tersebut.

"Kami akan memantau Selva Kumar berdasarkan rekod jenayah dan perundangan serta bidang kuasa yang kita miliki.

"Pihak polis (Malaysia) juga akan mengambil keterangan daripada Selva Kumar.

"Kami akan meminta rekod Selva Kumar dari pihak berkuasa Kanada," katanya.

Khalid berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Toronto Star tentang penghantaran pulang Selva Kumar ke Malaysia pada 5 Februari ini.

Jelas laporan itu, Selva Kumar didapati bersalah dalam dua perbicaraan berasingan lebih dua dekad lalu kerana memberikan dadah dan melakukan serangan seksual terhadap 30 wanita. Tetapi mungkin terdapat beratus-ratus lagi mangsa, pendengaran diberitahu.

Ketika pendengaran pada Jun 2016, dia didapati tidak layak untuk parol kerana dianggap 'mungkin akan melakukan sesuatu kesalahan yang menyebabkan kematian atau kemudaratan yang serius kepada orang lain.'

Andrew Laut, yang mempengerusikan Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada, berkata, dia telah diisytiharkan sebagai 'bahaya kepada orang awam' pada November 1994, yang bermaksud dia tidak boleh memohon status pelarian.

Selva Kumar, seorang lelaki rendah dan lembut tutur katanya bersama sedikit loghat British berkata dia bersedia untuk kembali ke Malaysia yang ditinggalkannya sejak tahun 1980.

Dia sebelum ini telah menyatakan bahawa dia akan menjadi mangsa diskriminasi di Malaysia kerana dia adalah orang Yahudi.

Selva Kumar, yang diketepikan hak untuk mempunyai seorang peguam, tidak berjaya menyekat akhbar daripada melaporkan butiran pendengarannya atau daripada gambarnya dirakam pada Isnin dengan alasan ia akan membahayakan dirinya.

"Ia telah dilaporkan secara meluas dalam artikel di media cetak dan media sosial," katanya.


Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Selva Kumar

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan