Polis Rampas 1.200 Bungkus Air Ketum

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih 1,200 bungkusan daun ketum bernilai lebih RM7,000 di Kampung Kedondong, Pokok Sena di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata daun ketum itu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

"Ketika diminta memberhentikan kenderaannya oleh anggota trafik, suspek tiba-tiba memecut laju menghala ke arah Jitra dan terus dikejar anggota terbabit sejauh lebih 20 kilometer.

"Anggota saya mengambil masa lebih kurang 20 minit mengejar suspek sebelum seorang lagi anggota trafik bermotosikal dan kereta polis bantuan tiba membantu sehingga suspek berumur 30-an dan berasal dari Arau, Perlis itu ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, Rabu.

Katanya seorang anggota polis cedera di kaki dan tangan selepas dilanggar kereta dipandu suspek dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau direman empat hari untuk siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Ketum

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan