STAGG Rampas Syabu RM700,000 Dalam Bungkusan Teh Cina

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 2:51 PM

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Inspektor Amir Firdaus Ismail menunjukkan bungkusan teh mengandungi dadah jenis syabu yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pasaraya dekat Jelutong Khamis lepas, ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, Selasa. Dalam serbuan itu, polis telah merampas 10.4 kilogram dadah syabu bernilai RM700,000 serta menahan seorang lelaki.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Taktik seorang lelaki menggunakan pembungkus teh cina untuk membungkus syabu yang kemudian dibalut seperti hadiah gagal mengaburi pihak polis yang menahan suspek di sebuah pasar raya di Jelutong minggu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata, suspek berusia 44 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman pada 7.30 malam Khamis lalu, susulan intipan hampir empat jam.

"Semasa ditahan lelaki itu membawa beg yang mengandungi bungkusan menyerupai hadiah untuk sambutan Tahun Baharu Cina dan pemeriksaan di dalamnya (beg) menemukan 10 bungkusan dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram bernilai RM700,000," katanya dalam sidang media, di sini, Selasa.

Katanya, polis percaya suspek yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan Lembah Klang dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada rakan sindiket semasa diberkas.

Siasatan awal mendapati suspek mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket lain, katanya. 

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan anggota sindiket yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini.

"Berdasarkan siasatan, lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lepas dan susulan penahanannya polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik suspek," katanya.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu kini direman sehingga 2 Feb ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: syabu , STAGG , Jelutong

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan