Kematian Dua Remaja: Polis Cari Individu Ketiga

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 9:02 PM

Dari kiri: Nik Muhammad dan Mohamad Sharul.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis sedang mencari individu ketiga berkaitan kes kematian dua remaja lelaki di Kampung Panchor, Kemumin, dekat sini.

Dua remaja itu ditemui mati dalam sebuah kereta pagi Isnin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata polis sedang menyiasat jika terdapat individu ketiga terlibat yang boleh merungkai misteri kematian dua remaja terbabit.

"Bapa salah seorang mangsa menegaskan anaknya keluar bersama dua yang lain di dalam kereta tersebut.

"Kami sedang menyiasat dakwaan ini. Kami juga bingung bagaimana remaja terbabit boleh meninggal dunia disebabkan strok haba," katanya.

Laporan awal bedah siasat ke atas mayat dua remaja lelaki mendapati mereka meninggal dunia disebabkan 'strok haba' atau kepanasan melampau dalam kenderaan.

Ab Rahman berkata Jabatan Kimia akan menjalankan siasatan lanjut ke atas kedua-dua mangsa, Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam, masing-masing berusia 18 tahun.

Katanya, setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan akan terus dijalankan sama ada ia ada kaitan dengan kes jenayah.

Pada Isnin, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat dua remaja tersebut daripada orang awam, dalam kereta Perodua Kelisa di hadapan sebuah rumah di Kampung Panchor, Kemumin, pada pukul 5.55 pagi.

Siasatan awal ke atas mayat Mohamad Sharul Nizam dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz dari Kampung Panchor, Kemumin, mendapati tiada sebarang kesan kecederaan.

Tags / Kata Kunci: kematian , strok haba , Kampung Panchor

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan