Kes Bunuh Pekerja: Polis Cari Pengurus Syarikat O&G

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari seorang pengurus di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G) berkaitan kes kematian seorang kakitangannya.

R. Satesh, 27, dari Sabak Bernam, Selangor, diminta tampil untuk membantu siasatan berhubung kematian seorang warga India, Joseph Kishore Gilbert, 42.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata mangsa ditemui dalam keadaan lemah di sebuah kondominium di Jalan Kasipillay di sini kira-kira pukul 5 pagi, 19 Januari lalu.

"Ada kesan lebam di badan mangsa dan dia dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah di sini, Selasa.

Polis menahan empat individu berusia dalam lingkungan 27 hingga 39 tahun susulan kes kematian tersebut.

Dua daripada suspek merupakan kakitangan di syarikat O&G tersebut manakala dua yanga lain adalah pengamal perubatan.

Munusamy berkata polis percaya mangsa dipukul di pejabat syarikat tersebut yang terletak dekat kondominium tersebut, sejurus sebelum ditemui.

"Kami sedang menunggu laporan bedah siasat tetapi 51 kesan lebam di badannya menunjukkan dia dipukul dengan wayar kabel tebal.

"Kami percaya kes bermotifkan wang. Mangsa mungkin berhutang sebanyak RM300,000 dengan salah seorang suspek kerana dia menghubungi bekas isterinya, dua minggu sebelum kejadian untuk meminjam wang tetapi wanita berkenaan tidak meminjamkan sebarang wang," katanya.

Munusamy berkata mangsa yang menetap di Malaysia selama 15 tahun mempunyai syarikat minyak dan gas sendiri tetapi perniagaannya itu gagal.

Dia kemudiannya bekerja dengan syarikat tersebut.

Empat lelaki itu direman sehingga Selasa.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Satesh diminta untuk menghubungi kami dengan segera," katanya.

Tags / Kata Kunci: R. Satesh , kes bunuh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan